Sunday, October 16, 2011

ENTRI INI AKAN BUAT KORANG MUNTAH!

Assalamualaikum..AWAS!!! Ini adalah entri yang akan buat korang semua muntah. Hari ini aku akan meluahkan segalanya dalam blog kesayangan aku ni.



AKU SAYANG KAU SANGAT
AKU RINDU KAU SANGAT
AKU RINDUKAN KELETAH MANJAMU
SENYUMAN MU MEMBUATKU TERPAKU
KATA-KATAMU, WALAUPUN KADANGKALA AKU TIDAK MENGERTI, TAPI AMAT BERMAKNA BUATKU
LANGKAH MU, SENANTIASA MENARIK PERHATIAN KU
AKAN KU RINDU SEGALA KENANGAN KU DENGAN MU


NUR DANIA BATRISYAH








Ha.. Ni lah BUDAK COMEL kesayangan aku.. Kami panggil dia kakak. Walaupon dia anak orang(pakwe adik punya anak buah), tapi aku ngan adik beradik aku sayang gila kat dia nih.. Keletah dia buat kami tak kering gusi. Aku jaga dia, berak dia aku basuh, pakaikan pampers, mandikan dia.(dah macam mama dia pulak)

Aku jaga dia masa adik-adik aku cuti semester. Lepas adik aku abis cuti, dah tak jaga. Tapi time cuti, time free, memang kita orang akan amik dia nih.


Lesung pipit dia..macam lesung batu punya kedalaman(betul ke ayat aku ni?)
TAK PERCAYA???


Aku nak hadiahkan korang video keletah dia. Tapi dah berhari-hari aku try tapi lembab macam siput sedut. InsyaAllah aku akan try lagi untuk tunjukkan pada korang video si kecik ni ye.











nota kaki: 
rindu la dengan si kakak ni bila aku dah ke melaka..
entri tiada kena mengena ngan dengan tajuk

Saturday, October 15, 2011

#WordsOfLove# 1

Assalamualaikum.. Salam Jumaat buat korang..






nota kaki:
mood: takde la jiwang sangat.. 

Thursday, October 13, 2011

Kerja Yang Menanti

Assalamualaikum..

Hari ni kat tempat aku, cuaca sangat panas. Kepala aku pon rasa nak pecah aja. Mungkin dugaan dari Allah.


Kerja yang menanti. Kerja apa yang menanti aku?

















Ini la kerja yang menanti aku. KERJA MENJAHIT. Kain mama yang perlu aku jadikan Baju Blouse.

Penyakit MALAS, sila JAUHI AKU....


Sambil tu, jom layan lagu dari Lufya-Diam


Aku tak tahu kenapa aku rasa lagu beliau ni comel. Mungkin pasal colourful kot dan lagu dia pon menarik. Bagi aku la.. Bagi korang aku tak tahu. Hehehe...

One more, muzik versi instrumental dari AFFAN AIZAT


Aku tahu pasal AFFAN AIZAT ni masa aku baca gosip artis(oh! tidak, aku baca pasal gosip..hahaha) kat blog OHBULAN
Aku search kat youtube dan dengar lagu Lagenda Budak Setan version piano. Memang sangat best!



So, enjoy!


nota kaki:
bila malas, kerja apa pon tak boleh jalan.
baju mama kena siapkan! chaiyok2..

Ya Allah, Berikanlah Aku Kekuatan

Assalamualaikum.. Saat ni terasa sangat hati aku berbelah bahagi.

Yelah, sekarang aku tengah tunggu kawan aku confirmkan dapat rumah sewa. Bila dah terbit dari mulut dia cakap yang dah dapat rumah sewa, ini bermakna aku kena tinggalkan mama aku.

Rasa sedih pulak tetiba. Bukan aku tak pernah tinggalkan mama aku. Pernah. Tapi masa aku masuk sekolah asrama dulu, adik-adik aku ada untuk temankan mama. Lepas SPM, aku masuk politeknik, adik aku pon masih ada untuk temankan mama aku. Bila aku dah kerja, adik aku pon tetap ada untuk temankan mama.  Sekarang ni, lepas company tempat aku kerja ada problem, aku balik kampung teman mama aku.

Nekad aku sekarang untuk pergi Melaka buka bisnes dengan kawan aku. Tapi aku rasa sedih sangat untuk tinggalkan mama tatkala adik aku semua dah pergi sambung belajar. Takut, risau, semua perasaan tu ada. Lagi-lagi mama sekarang selalu sangat sakit, tangan la, demam la, batuk la, kaki la.

Ya Allah.. sungguh berat sebenarnya nak tinggalkan mama walaupon aku tahu mama tak apa-apa.

Mama.. Jaga kesihatan ya.

Seriously kakak risau nak tinggalkan mama.

Tapi kakak nak tolong mama.

Kakak taknak mama penat-penat lagi.

Kakak taknak susahkan mama lagi.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Murahkan la rezeki buatku untuk mama dan adik-adikku.

love u mama..



nota kaki:
sesungguhnya aku  sangat touching malam ni.
~menangis dalam hati~
(T_T)

Wednesday, October 12, 2011

TABLOQ!

Assalamualaikum.. Hari ni pagi-pagi posmen dah datang rumah hantar ni..


Bukak-bukak ada 

dua sampul kat dalamnya

Bukak sampul pulak

apa benda ni ek?





Kita close up dekat lagi



ha.. abang posmen datang hantar barang ni yang aku beli dari online hari tu. Eh, bukan aku beli..mama aku yang belanja.. Bedak tabloq ni macam bedak sejuk. Bukan macam tapi MEMANG bedak sejuk. Aku ni memang rajin beli kat online. Baju, shawl, seluar, beg pon aku rajin beli online. Pasal aku tak ada kawan nak aku ajak untuk teman aku shopping dan window shopping. 

Berbalik topik asal, bedak ni aku dan adik beradik aku nak beli pasal multipurpose punya bedak. Kite tengok apa khasiatnya:



Tak boleh nak baca ek? Japp.. Aku tambahkan tumbesaran gambar ni..





Aku berani nak mencuba pasal bedak tabloq ni dari tanah liat dan daripada testimoni yang aku baca. InsyaAllah kita tengok la nanti apa akan jadi dengan muka aku.

Mungkin pada sesiapa yang nak mencuba boleh beli kat Janieda D'shop



nota kaki:
bila la muka aku nak cantik macam barbie doll nih?






Tuesday, October 11, 2011

Ice Cream Oh! Ais Krim..Jom Buat Homemade ice Cream




Assalamualaikum. Seperti biasa, bila dah tanam anggur kat rumah, aku akan cari kerja yang membolehkan aku buat kerja. Dan kerja nya adalah berkaitan dengan masak. So, hari ni aku nak tunjukkan kat korang cara paling mudah buat ais krim atau dalam bahasa jawa nya ice cream. Sama aje sebutannya. hahaha..~sila jangan lempang aku~

Okay, bahan-bahan buat ais krim:

2 cawan Susu full cream~aku buat vanilla ais krim. kalau nak ais krim cokelat, guna susu cokelat atau perisa     
                                       atau jenama kesukaan korang. Aku guna susu dutch lady.
2 cawan Creamer coffeemate~ pon terpulang pada korang jugak nak jenama apa.
* essen vanilla(untuk perisa vanilla,)
* 3 sudu gula~ untuk perisa vanilla, boleh tambah. kalau perisa lain-lain, tak perlu sebab susu tu dah manis.

Alatan:

Hand mixer or stand mixer or blander.

Cara-cara:

Campurkan semua bahan di atas dan masukkan kedalam blander or mixer. Kemudian bland or mix bahan-bahan tersebut sampai berbuih dan disimpan di dalam freezer selama 1jam( ikut kepada tahap kesejukkan freezer masing-masing ya). Apabila separuh beku, keluarkan dan di bland or mix sekali lagi.(Ulang langkah tersebut 2-3 kali untuk tekstur ais krim yang baik).

* Ini adalah homemade ais krim, selepas dikeluarkan dari freezer, biarkan selama 5-10 minit sebab ia masih lagi dalam keadaan beku. Dan kemudian boleh dimakan. Yummy!

Jom layan my homemade vanilla ice cream with choc cake serawak..




jom kite close up sket gambar ice cream nih..









Nampak yummy kan? So, apa tunggu lagi. Try buat dan ngap.

Ubat Halau Nyamuk Ada tak?

Assalamualaikum.. Hari ni pagi-pagi dah hujan. Bila dah hujan, malamnya, aku la jadi mangsa. Mangsa serangan nyamuk. Aduhai nyamuk. Aku dah mandi, dah wangi-wangi. Tolong la jangan gigit aku. Dah berbintat-bintat dah kaki tangan aku nih.


Kalau aku dapat kau wahai nyamuk, akan ku cincang-cincang dan kerat kau 18 bahagian.. boleh ker?






Tolong la pergi jauh-jauh. Gigit orang lain ke? Bile kau dah gigit, aku akan senantiasa menggaru. dah macam kera pulak tergaru sana sini. Nanti bila aku dah menggaru, kulit aku melecet. Bila dah melecet akan berdarah dan meninggalkan parut yang huduh kau tau tak NYAMUKKKKKKKKKKKK.....


So, sila la jauhi aku atau aku akan hantar orang kuat aku untuk serang kau balik.


Korang! Ubat halau nyamuk ada tak??? Ubat eh? ke alat ek? Whateverlah..


Nyamuk, syuhhhhhhhh...




nota kaki: 
aku rasa dah macam apa aje aku update nih.
tolong aku halau nyamuk nih.
~(T_T)~

Monday, October 10, 2011

Choc Cake Serawak! Really Love It..

Assalammualaikum..

Seperti biasa, lately ni aku datang kerajinan untuk membuat kek. Minggu lepas project dengan my mom ialah Kek Coklat Serawak. Aku sebenarnya pon tak tahu betul ke tak nama dia. Tapi itulah nama yang mama aku bagi. Kek ni sebenarnya kek dari Serawak yang mana mama aku belajar dari kawan dia dulu masa kat Serawak.

Untuk pengetahuan korang, arwah ayah aku orang Serawak. Masa kat Serawak tu la mama aku belajar wat kek. Kek Lapis, Kek Coklat Serawak. Kek Coklat Serawak ni memang favourite keluarga aku. Kalau hari raya je, mesti akan buat. Kek ni tak sama macam kek coklat lain. Bahan untuk buat je RM30++. Tapi rasa dia, memang sangat sedap. So, layan kan jela pic nya ye. Nampak macam biasa, tapi rasa dia, macam-macam ada..








So, pada sesiapa yang nak rasa Choc Cake Serawak ni, InsyaAllah aku boleh buatkan. Dan InsyaAllah aku juga akan buka homemade bakery tak lama lagi. Harap korang boleh support aku. Untuk sesiapa yang nak rasa, boleh roger-roger ye?


Monday, October 3, 2011

Penggemar cheese or Cheesecake?Jom Try Red Velvet

Alahai..agak lama aku tak update kat sini kan? Memang sangat lama. Last entry aku pon masa bulan 7. Sekarang dah bulan 10. Aku ni agak sangat malas untuk update. Tak tahu la kenapa. Padahal sekarang ni aku tanam anggur je kat rumah. Ok lah. Malas nak membebel banyak. Korang kat sini ada ke yang cheesecake lover atau memang hantu makan cheesecake? Lately aku rajin la buat kek. Cita-cita untuk bukak kedai kek pon ada tapi tunggu ada modal..

Sekarang nih..aku nak kenal kan korang ngan Red Velvet kek.. Aku rasa ramai pon dah tahu kan pasal Red Velvet cake nih. Kat kedai kek pon satu slice dah mahal kan? Disebabkan ada kerajinan, aku buat la Red Velvet ni. Jom layan kek aku yang tak berapa nak cantik deco nih..






Red Velvet Cake ni dengan cream cheese frosting. So, penggemar cheese..try this..