Wednesday, June 25, 2014

Zaman Sekolah

Assalamualaikum semua..

Rasanya macam dah lama gila tak tulis kat blog sendiri. Kekangan masa. Di tambah pulak hujung minggu aku dah penuh dengan aktiviti pembelajaran.. Haha. Belajar sangat! Harus belajar.. Sampai akhir nyawa. In Sha Allah..

Aku baru terview one ig post from old schoolmate. Rasa macam termalu sendiri. Perangai budak-budak baru nak menginjak dewasa. Terasa macam gedik la pulak kan? Ape tak nya, sanggup buat kad ade nama untuk orang yang aku minat. (Sebenarnye admire terlebih)

Dulu-dulu masa time sekolah berangan suka mamat yang skema, pakai spek, kuruih.. So, ade la sorang mamat ni yang menjadi sumber inspirasi. (Inspirasi sangat! Nak muntah pulak rasa) Dari situ start la hantar surat, kad, hadiah. Macam-macam lagi la. Yang paling tak tahan masa bulan puase, ikut perangai senior-senior dulu yang mase tu aku junior, beli juadah buka puase, bagi thru pintu dewan makan. Dok kat asrama masa tu. Kelakar pun ada bila aku ingat balik. Budak yang aku minat tu pulak kelas sebelah je. Tapi budak pandai. Ada masa kat kelas dia sendiri, ada masa kat kelas budak-budak pandai. Jumpa tepi pintu malu-malu..

Adoiiii!! Boleh buat aku malu dan senyum sendiri bila ingat perangai dulu-dulu. Aku ni yang pendiam dan skema pun ada hati nak berperangai macam tu. Dunia.. Dunia.. Pengalaman betul semua tu.

Ape-ape pun, terima kasih untuk semua kenangan tu kawan..

Ok. Dah 1.51 a.m.. Aku chioww dulu. Esok ade kursus..


No comments:

Post a Comment