Monday, May 2, 2016

Food Review : Kedai Makan Ikan Patin Terbaik



Assalamualaikum.

Semalam balik dari tengok Captain America dengan family terus kelaparan. Memang dah standby siap-siap perut kosong untuk makan balik tu. Adik pulak suggest ada satu kedai makan ikan patin terbaik kat area Durian Condong, Bukit Kepong, Labis.

Jarak perjalanan nak ke tempat makan tu dari Tol Tangkak 48km. Kalau dari Labis dalam 28km dan ambil masa dalam 15-20 minit. Siapa yang dari Labis tu akan jumpa simpang yang ada papan tanda kuari pasir sebelum klinik. Dah jumpa simpang, akan lalu pulak dalam kebun kelapa sawit yang jalannya merah. Mula-mula jalan tu besar la jugak, nak masuk ke dalam makin sempit. Adalah dalam 5-10 minit. Masa kitorang nak pergi teragak-agak jugak sebab tempat agak terpencil, dalam perjalanan masuk terjumpa beberapa kereta nak keluar, so yakin sikit la untuk masuk. Sampai la ke tempatnye..

Mak aiii.... Penuh orang weh.. Kereta pun banyak. Kalau orang yang datang, mesti akan rasa macam tak sangka tempat macam ni ada kedai makan sedap. 







Dah sampai, chop la tempat duduk sebab orang makin ramai. Baru 1st time datang, so, kitorang teragak-agak macam mana la nak order. Air kena ambil sendiri. Self service. Untuk makan, ada orang akan ambil order.

So, kitorang ambil air dulu kat sini. Kat tempat ni ada air kotak dan air panas yang 3 in 1. Korang boleh pilih air apa nak. Teh, kopi, nescafe dan lain-lain.



tempat buat air


Kemudian, ada seorang pelayan ni ambil order, orang baru 1st time, tentu la tak tahu nak order apa. Tapi belum sempat tanya, dah beritahu,


 'sebelum apa-apa, nak beritahu yang semua lambat ye'

 
Aku dah macam.. Errkkkk..

Tukang ambil order cakap lagi, 


Udang, sotong tak tahu ada lagi ke tak, kalau ada, adalah. Sayur pun sama...

Aku dah lagi krik,,krik.. mula rasa nak berangin jugak tapi aku fikir mungkin dia penat, so aku order je patin goreng dan patin pais bakar. Oleh sebab mak aku tak makan ikan patin, aku order jugak sotong dan sayur.

Untuk makluman korang semua, kedai ini special dia hanya ikan patin. Ikan lain takdok yok.

Ada 3 jenis masakan, patin stim, patin pais bakar & patin chop a.k.a patin goreng. Sayur pulak, hanya 1 jenis sahaja. Ada sotong goreng dan udang goreng.

Atas sotong goreng, pinggan bawah patin chop


Sotong dia sedap. Ada rasa spicy sikit. Patin chop pulak aku rasa macam ayam goreng garing. Memang sedap.




Patin pais pulak memang terbaik la rasa dia. Tak hanyir. Mula-mula order satu, tak cukup sebab ikannya macam kecik. So, order lagi satu. Nasib baik makanan sampai awal. Maap la yer, ikan dah tak rupa ikan. Sebab dah nak abis baru terfikir nak ambil gambar. Huhuhu. Patin stim pulak aku tak  order sebab rasa anoyying dengan orang yang ambil order masa mula-mula tadi.

Total aku ngan family makan



Patin Pais 2, Sotong 2, Patin cop 1, nasi dan air semua RM115. Standby duit lelebih sikit nak makan sini ek? hehe..

Kalau korang nak datang sini, korang boleh waze Patin Stim Nordan atau Patin Stim, Bukit Kepong. Nak buat tempahan awal, boleh call kat nombor kat atas. Tapi belum tentu dapat awal ye? Itu yang tukang ambil order beritahu. Huhuhu..

Ilal Liqa'



No comments:

Post a Comment