Sunday, December 20, 2015

Juling Air

*Entry almost 2month yang aku simpan

Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak pasal juling air? Ada yang panggil juling itik. Nama sains untuk juling air ni macam kat gambar bawah ni..




Based on reseach aku kat pakcik google yang banyak membantu, juling air ni boleh diperbetulkan. Untuk makluman semua, juling air ni adalah satu penyakit. Kalau diperbetulkan tidak menjadi satu kesalahan. Jika salah, sila perbetulkan ye? Boleh baca dekat info kesihatan ni. 

Rawatan yang boleh dibuat untuk juling ni:

  • Cermin mata biasanya diperskripsikan untuk membantu mata lihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Kenape ye tetiba aku cerita pasal juling air ni?

Sebab aku adalah salah seorang yang mengalami masalah / penyakit ni. Aku mengalami juling jenis Exotropia. Iaitu juling keluar.

Sebenarnya untuk aku post ni pun, ambil masa. Sebab ia melibatkan perasaan malu, rendah diri dan lain-lain.

Bila mempunyai mata juling air ni, aku mempunyai perasaan sangat rendah diri. Seboleh-bolehnya aku akan elak untuk pandang mata orang lain. Pernah kena ejek dengan orang.

Orang akan tanya kau,

"Kau pandang siapa eh?"

Padahal masa tu kau tengah bercakap dengan dia. Waktu tu rasa macam nak menangis kat situ jugak.

Mungkin juga sampai sekarang aku tak ada jodoh disebabkan ini. Yelah, orang sekarang akan pilih kepada kecantikan. Tapi, bab tu aku tak ambil port sangat sebab bagi aku, jodoh tu Allah yang tentukan.

Tapi bila buat presentation, bercakap dengan orang, aku jadi manusia yang kalau boleh tak nak pandang mereka yang ada kat depan aku. Sejujurnya aku memang sangat down.

So, bagi korang yang ada masalah sama macam aku, kita kena kuat. Kena lawan perasaan rendah diri tu. Seboleh-bolehnya jugak aku akan cuba untuk lawan. Pada korang yang ada kawan-kawan yang senasib macam aku, please!!! jangan kutuk atau keji diorang. Diorang tak mintak untuk jadi macam tu. Bila korang kutuk, perasaan down tu makin lagi teruk. 

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya orang dewasa macam kita ni je yang boleh kena, budak-budak kecik macam baby pun boleh kena penyakit ni. So, for mothers, please alert if your child have this problem. Boleh dipulihkan dengan bantuan cermin mata atau senamam mata.

Tapi! bagi pesakit macam aku, mungkin hanya operation. Kalau korang berkemampuan untuk perbetulkan masalah mata juling air ni, cubalah jumpa dengan Doktor Pakar Mata. Ada macam-macam cara untuk memulihkan. Bagi yang dah teruk, hanya operation sahaja last choice yang ada. Aku dah survey dan mencari mana-mana klinik yang boleh buat rawatan ni. Kos nya agak tinggi which is almost 7K. Dan kat Kelantan. (^_^)" 








Bagi korang juga bagi aku, RM6-7K adalah satu jumlah yang sangat besar. Ada yang kata tak perlu buat semua ni. Tapi, aku cuma nak dapatkan keyakinan aku balik, aku tak nak perasaan down, rendah diri tu penuh dalam diri aku sampaikan aku bercakap dengan orang lain tak pandang muka diorang. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru kenal.

Semoga aku akan dapat berusaha untuk pulihkan mata aku kembali dan kembali mampu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Semoga sharing daripada aku dapat bantu sedikit sebanyak orang-orang yang mengalami masalah yang sama macam aku. In Sha Allah.

Syukran Jazilan

Ilal' Liqa

Wednesday, November 4, 2015

Sanah Helwah Mama


Assalamualaikum..

Today is my lady punya birthday.. My precious.. My everything.. My supermom, superhero dan segala super la.. 

 


Aku ingat lagi dulu kecik-kecik, macam mana susahnya mama aku sorang nak besarkan aku ngan adik-adik aku. Macam-macam kerja dia buat. Dari keje kilang, siang malam OT, balik keje penat tidur, pastu tolong makcik aku berniaga jual burger kat pasar malam, tukar keje jual goreng pisang, keje kilang papan.. How come you can do all those kind of work mama.. Sungguh hebat.. 

Aku pernah ikut mama jual goreng pisang.. Naik motor jinjit tupperware isi tepung, bawak pisang.. Pernah orang tanya, mama aku ni cina ke melayu sebab ingat yang jual goreng pisang ni cina. Mase tu mama tak pakai tudung lagi. Kelakar gila aku rasa..

Aku ikut mama kerja kat kilang papan.. Main colour2 warna papan tu. Berhabuk dia jangan cakap.. Sebab kayu/papan kan? Tapi itu la rezeki buat kiteorang untuk sara aku ngan adik-adik.. 

Kalau dulu, mama penat keje, memang tak merasa la nak bergumbira dengan mama, nak merasa beli itu ini, tapi pengalaman ni la buat aku matang, buat aku menghargai kehidupan. 

Sekarangla baru mama nak rasa hidup selesa, jalan-jalan ngan anak. Bergurau ngan anak-anak.. Kalau la aku mampu untuk katakan,


"Mama, pilih je apa mama nak, cakap je kemana mama nak pergi, kakak akan tunaikan"

Doakan kakak mampu untuk tunaikan setiap permintaan mama..




Mama, selamat hari jadi, semoga panjang umur, Allah berikan rezeki yang melimpah buat kita, bahagia dunia & akhirat. In Sha Allah..

Syukran Jazilan

Ilal ' Liqa


Saturday, October 31, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Thursday, October 29, 2015

Andi Bernadee

Assalamulaikum..

Hye semua kepada siapa yang rajin baca blog aku. Rasanya macam diri sendiri je yang baca. Haha.. Ok! Fine..

Hari tu godek punya godek kat FB, nampak seorang kawan ni tag nama kawan yang lain pasal seorang mamat ni. Ha.. Aku cerita pasal LELAKI babe dalam blog ni. Adeh.. (^_^)" Macam tak percaya pulak. Sila tampar diri sendiri Nurafizza. Haha..

Ok. Bila bukak page die, melting siot. Astaghfirullah.. Istighfar Nurafizza.. Tapi seriously, bila dia nyanyi dengan mulut senget-senget tu, dengan jambul macam joe jambul, cair aku. Macam ice cube kat kutub tu mencair.. Huwaaaaaa... (^_*) Alamak, tergedik pulak.. (sila muntah hijau dengan aku)

Tak pasti dia ni muncul dari mana, dari langit kot. Hehe.. Tak adalah. Orang Malaysia jugak aku rase. Tapi peminat fanatik dia ni ramai dari orang Indonesia. Dan akan buat live kat Singapore 6 Disember 2015 ni. Pada korang yang minat boleh gi. Aku ni setakat minat-minat macam tu boleh la. Tapi nak pergi, rasanya.. Krik..Krik..Krikk.. Kalau ada nak bagi free tiket, anytime free.. Hahahaha..

OK. Layan la mamat ni nyanyi.


Dan ini..


Ini pulak..




Boleh jugak follow dia ni kat FB Andi Bernadee.. Youtube Andi Bernadee


Syukran Jazilan

Ilal liqa'

Thursday, October 22, 2015

Suprise Birthday

Assalamualaikum.

Last September birthday kawan rapat/baik dan segala macam tok nenek la... 22 September 2015. Umo.. 2*... haha.. Orang yang selalu ada dengan aku, tolong aku, teman aku pergi memane yang aku nak pergi. Thanks KAWAN. Sanah Helwah!!! Siti Nurawiah.

Aku ni jenis suka try makan. Kat mana-mana aku suka. Asalkan makan. Haha.. tak padan badan kecik. Tapi kuat makan. Biasenya kuantiti aku makan tak banyak. Hehe. Semua dia temankan sampai dia pun pandai makan-makan. Haha..

OK! Back to story Surprise Birthday.

Aku sebagai master planner.. Create group whatsapp. Bincang nak makan apa, bagi hadiah apa, nak buat kat mana. Untuk memudahkan semua buat kat KFC. Kebetulan pagi tu aku pun travelling day sebab baru balik dari KL, so terus gerak ke City Square cari hadiah dan kad.



Tada...

Handbeg aku pilih sebagai hadiah
 
 
Kad yang aku main ambil tapi paling cantik.
 
 
 
Selesai beli hadiah, aku balik ofis then buat tak reti. Dalam whatsapp berkepuk-kepuk semua wish. Aku sorang je buat dono. Sampai nak dekat waktu balik, aku pun plan baik punya dengan budak intern ni teman aku pi beli kek dekat Baskin Robin. Actually, awiah atau awi (mame panggilan birthday girl) selalu tumpang aku balik kerja. So, aku pun..
 
Bukak fon, whatsapp aina..
 
'Aina, balik ni teman akak pi beli kek. Kat baskin robin CS'
 
'Tepat kol 5 sharp kita balik. Aina tunggu akak kat tingkat 2'
 
Aina reply..
 
'Ok kak'
 
 
Tepat kol 5!
 
'Awi, aku balik dulu. Ade hal. Ko balik tumpang kak tini eh'
 
Turun cepat-cepat, jumpa aina kat tingkat 2. Alhamdulillah, time keluar ofis, jalan tak jem. So, dengan pantas aku masuk bangunan CS tu, cari parking then terus pi baskin robin. Bayangkan macam mana aku jalan. Macam lipas kudung!!! Tapi aku tak pernah tengok lipas kudung berjalan. Hahaha..
 
Kek Ice Cream Baskin Robin.. Yummy!!
 
 
Selesai beli kek, gerak ke KFC. Aku siap whatsapp dengan kak tini dan kila.
 
'Korang jangan gerak dulu k? Baru sampai ni'
'Aku nak beli KFC dulu. Nanti dah siap korang gerak'
 
'Ok. Aku dah gerak. Tengah isi minyak ni nok. Aku boleh balik saujana dulu tido tunggu kau'
 
Siap je aku bagitahu.
 
'Kila, dah siap. Korang boleh gerak'
 
Aku dengan aina pun, cari port tertutup. Supaya dia tak nampak. Siap-siapkan meja semua.
 
 
Sampai je diorang.
 
'Ko kat mana nok?'
 
'Aku kat tepi ni. Ko masuk je, sebelum sampai kaunter belok kiri. Aku kat situ'
 
Penat aku dengan aina ni menyorok. Sakit kepala tertunduk-tunduk. Kak tini dan kila sampai je terus pergi kat kitorang. Awiah tu pergi mane korang tahu? Melulu je terus pi kaunter. Pusing-pusing je terus macam tergamam. Muka tergamam tu aku tak sempat nak tangkap gambar.
 
So, inilah gambar-gambar masa surprise birthday tu.
 
Birthday girl!!! Siti Nurawiah. Sanah Helwah!
 
Kila, aku, birthday girl, kak tini.. Yang depan tu, aina. Internship student.
 

Kami!
 
Kami berempat!
 
Bagi aku, ini jela cara untuk aku appreciate orang-orang yang selalu ada dengan aku masa susah dan senang. Yang selalu temankan aku. Sebab aku kat JB ni memang tak ramai kawan. Nanti kau dah kawen, tinggallah aku sorang-sorang berjalan. sob..sob..sob.. (T_T)
 
Sanah Helwah awiah. Aku sentiasa doakan kawan-kawan aku dalam perlindungan Allah, dipermudahkan urusan duania akhirat, dapat rezeki melimpah ruah dan sentiasa bahagia. Aamiin...
 
Syukran jazilan
 
Ilal liqa'
 
 
 


Friday, October 9, 2015

Jom KAYA!!!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang penuh barokah.

Hari ni aku nak share macam mana nak jadi KAYA? Ni bukan kaya kat roti tau. K.A.Y.A.

Untuk makluman korang, aku tak main la promote skim cepat kaya ke MLM ke (walaupun aku pernah je cuba dulu.. hehe) Tapi ni lagi hebat daripada skim-skim tu, lagi hebat dari MLM semua tu.

 Caranya???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bersandarkan pada Allah.

Lepas solat baca ayat ni 33kali untuk cepat kaya dan murah rezeki. Jadikan zikir amalan harian. In Sha Allah..  Allah akan permudahkan rezeki kita.

Ayat ke 54 daripada Surah Shaad

"INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"


Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.
 
 
Syukran jazilan

Ilal liqa’

Wednesday, October 7, 2015

Tunangku Tidak Tampan

Assalamualaikum.



Alamak. Lamanya aku tinggalkan blog aku ni. Naik bersawang dah aku rasa. Tak nampak apa-apa tambah-tambah lagi jerebu yang melanda. (hihi)



 
Bila tengok shoutbox.. Rupanya, ada juga yang perasan aku dah lama tinggalkan blog bersawang ni. Terharu.. (T_T)
 
Aku pun dah lama sangat tak blogwalking baca posting orang lain. Semua sebab kekangan masa plus penat. Haih.. Allah.. (haip!! Jangan mengeluh. Tak baik)



***

Tuangku Tidak Tampan

Haaa..?? Tunang? Aku dah bertunang? hehe.. No la.. Allah masih tak hadirkan sesiapa dalam hidup aku lagi. Nak aku manja-manja lagi dengan mama. (^ -*)v Actually, aku nak review pasal satu buku ni.



Tunangku Tidak Tampan (3T) yang ditulis oleh Mohammad Rusydi.

Bila baca aku rasa macam kena tikam beb. Menusuk kalbu tertusuk sembilu semua pun adalah. Macam kena tembak tepat arah jantung. Tarbiah yang sangat menusuk jiwa aku. Menangis siap keluar hingus hijo bagai (selekeh kan? haha!) macam orang potong bawang sebaldi. Esoknye mata aku bengkak. Hahaha..

Memang aku suggest korang buku ni sebab, macam-macam pengajaran. Korang tengok kulit depan macam nothing. Tapi baca la isi dalam. Ayat sempoi dan takla puitis macam sasterawan (sebab aku pun tak suka. Hahaha) Siap dengan Al-Quran & Hadis cuma ni bukan buku agama tapi diselitkan dengan Al-Quran & Hadis. Aku jamin korang pun akan suka baca. In Sha Allah.

Sedikit gambar dari aku..

 

Kalau ada yang berminat boleh follow :

Facebook : Encik Sederhana

p/s: dengar kata dah cetakan ke3.. Macam booking pun dah nak habis. Baik korang pi serbu cepat. Kohkohkoh...

Syukran jazilan

Ilal liqa’