Friday, June 16, 2017

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..

Ya Allahuakhbar.. Lamanya la tak update apa-apa entry. Setahun tak update. Al maklumlah, akak busy memanjang.

Alhamdulillah hari ni genap 21 Ramadhan kita berpuasa. Dalam bulan mulia ni pelbagai perkhabaran dan berita yang manis dan juga pahit kita dengar. Bulan Ramadhan ni ramai juga yang pergi tinggalkan kita. Blogger famous Arwah Shea Rasol, anak kepada Bazli UNIC, Arwah Syahid.. pengakhiran mereka di bulan yang mulia ni. Alhamdulillah mereka terlepas dari penderitaan penyakit mereka. Sesungguhnya mereka adalah insan yang Allah pilih untuk ujian ini. Sama-sama kita doakan semoga roh-roh mereka di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Al Fatihah..

Macam tu juga yang kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan. Tak dapat nak membayangkan macam mana syawal mereka nanti. Semoga Allah pelihara kita daripada segala musibah dan kecelakaan. Aamiin..

Dalam bulan mulia ni, macam-macam Allah nak bagi pada kita. Kita pun tahu, bulan Ramadhan ni la bulan yang paling mustajab kita untuk berdoa. Tapi Allah hanya akan beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan. Ingat tu..

Ilal Liqa'

Syukran jazilan. 

Friday, May 6, 2016

Food review : Goreng Pisang Cheese Cheezy Meltz


Assalamualaikum..

Hari ni cerita lagi pasal makan lagi. Sebab aku ni jenis suka makan-makan. Lagi kalau makanan tu sedap, aku boleh habiskan. Haha..

Korang pernah makan goreng pisang cheese??? For sure korang pun tahu trend goreng pisang cheese dah semakin fofular dan trending. 

Ok! aku nak promote satu tempat goreng pisang cheese yang memang bagi aku tiada tandingan nya kat JB. Bagi aku la. hehe. Aku dah pernah try goreng pisang cheese yang lain, hanya dia saja yang bertahta dihatiku. Cewahhh!!!

So, goreng pisang cheese pojaan hatiku tak lain tak bukan CHEEZY MELTZ dengan tagline  -The Best "Pisang Goreng Cheese" in town-

Check it out!



Ada 5 perisa atau topping yang Cheezy Meltz ni sediakan. Tapi feberet aku cheese, chocolate, choc cheese & caramel. Dan ada 2 jenis combo macam dalam gambar.

dalam kereta pun dah makan sebab dah lapar..

nampak mengiurkan tak? argghhh lapaaa... ini caramel & choc cheese

Kalau nak search tempat dalam waze ada macam dalam gambar kat bawah..





Ilal Liqa'

Syukran jazilan.


Wednesday, May 4, 2016

Family day gimin lamah 2016

Assalamualaikum..

22-24 April lepas family aku ada buat family day. 3 Hari 2 malam. Kitorang stay kat Glory beach Resort. 2 apartment yang ada 3 bilik. So, okla kan. Bayar pun RM100 sorang. Completed makan, minum, sarapan, bbq dan lain-lain. Cuma sarapan untuk mak-mak & bapak-bapak di hotel. Yang muda belia kat kedai. Berpusing kat area Port Dickson untuk cari kedai makan. Lunch dan dinner pun kat luar. Permainan memang happening gila bertepung, makan cili, bawang putih, baling air, semua pun ada.. Yang muda yang tua pun wajib join. Arrangement hotel, makan dan lain-lain cousin aku yang uruskan. Boleh pm tepi kalau nak perkhidmatan dia. Hehe.. Gurau je. So, korang layan jela gambar ni ye. Hehehe.. 


Ilal Liqa' 

Syukran jazilan.. 

Monday, May 2, 2016

Food Review : Kedai Makan Ikan Patin Terbaik



Assalamualaikum.

Semalam balik dari tengok Captain America dengan family terus kelaparan. Memang dah standby siap-siap perut kosong untuk makan balik tu. Adik pulak suggest ada satu kedai makan ikan patin terbaik kat area Durian Condong, Bukit Kepong, Labis.

Jarak perjalanan nak ke tempat makan tu dari Tol Tangkak 48km. Kalau dari Labis dalam 28km dan ambil masa dalam 15-20 minit. Siapa yang dari Labis tu akan jumpa simpang yang ada papan tanda kuari pasir sebelum klinik. Dah jumpa simpang, akan lalu pulak dalam kebun kelapa sawit yang jalannya merah. Mula-mula jalan tu besar la jugak, nak masuk ke dalam makin sempit. Adalah dalam 5-10 minit. Masa kitorang nak pergi teragak-agak jugak sebab tempat agak terpencil, dalam perjalanan masuk terjumpa beberapa kereta nak keluar, so yakin sikit la untuk masuk. Sampai la ke tempatnye..

Mak aiii.... Penuh orang weh.. Kereta pun banyak. Kalau orang yang datang, mesti akan rasa macam tak sangka tempat macam ni ada kedai makan sedap. 







Dah sampai, chop la tempat duduk sebab orang makin ramai. Baru 1st time datang, so, kitorang teragak-agak macam mana la nak order. Air kena ambil sendiri. Self service. Untuk makan, ada orang akan ambil order.

So, kitorang ambil air dulu kat sini. Kat tempat ni ada air kotak dan air panas yang 3 in 1. Korang boleh pilih air apa nak. Teh, kopi, nescafe dan lain-lain.



tempat buat air


Kemudian, ada seorang pelayan ni ambil order, orang baru 1st time, tentu la tak tahu nak order apa. Tapi belum sempat tanya, dah beritahu,


 'sebelum apa-apa, nak beritahu yang semua lambat ye'

 
Aku dah macam.. Errkkkk..

Tukang ambil order cakap lagi, 


Udang, sotong tak tahu ada lagi ke tak, kalau ada, adalah. Sayur pun sama...

Aku dah lagi krik,,krik.. mula rasa nak berangin jugak tapi aku fikir mungkin dia penat, so aku order je patin goreng dan patin pais bakar. Oleh sebab mak aku tak makan ikan patin, aku order jugak sotong dan sayur.

Untuk makluman korang semua, kedai ini special dia hanya ikan patin. Ikan lain takdok yok.

Ada 3 jenis masakan, patin stim, patin pais bakar & patin chop a.k.a patin goreng. Sayur pulak, hanya 1 jenis sahaja. Ada sotong goreng dan udang goreng.

Atas sotong goreng, pinggan bawah patin chop


Sotong dia sedap. Ada rasa spicy sikit. Patin chop pulak aku rasa macam ayam goreng garing. Memang sedap.




Patin pais pulak memang terbaik la rasa dia. Tak hanyir. Mula-mula order satu, tak cukup sebab ikannya macam kecik. So, order lagi satu. Nasib baik makanan sampai awal. Maap la yer, ikan dah tak rupa ikan. Sebab dah nak abis baru terfikir nak ambil gambar. Huhuhu. Patin stim pulak aku tak  order sebab rasa anoyying dengan orang yang ambil order masa mula-mula tadi.

Total aku ngan family makan



Patin Pais 2, Sotong 2, Patin cop 1, nasi dan air semua RM115. Standby duit lelebih sikit nak makan sini ek? hehe..

Kalau korang nak datang sini, korang boleh waze Patin Stim Nordan atau Patin Stim, Bukit Kepong. Nak buat tempahan awal, boleh call kat nombor kat atas. Tapi belum tentu dapat awal ye? Itu yang tukang ambil order beritahu. Huhuhu..

Ilal Liqa'



Friday, January 1, 2016

Selamat Tinggal Tahun 2015

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, detik ini telah menjelma tahun 2016 dan meningkat satu tahun lagi usia. Alhamdulillah jugak tahun 2015 banyak beri kenangan manis & pahit. Ujian dan dugaan buat kita lebih matang. Aku tak harapkan lebih untuk tahun 2016. Cukup hidup aku bermakna dengan adanya mama, adik-adik, kawan dan aku bakal akan dapat anak buah 1st dalam family. In Sha Allah. 

Azam tahun baru??? Aku cuma perbaiki azam-azam yang lepas yang mana aku tak mampu capai. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar.. 

Sambutan tahun baru plak aku memang tak sambut sebab aku sambut dengan buku. 2&3hb aku exam. Doakan aku ye kawan-kawan. 

Dan tahun baru jugak aku akan cuba start dengan bisnes kecilan. Jadi dropship untuk bead. Nanti aku akan post kat sini. Yang pastinya, aku pun teruja sangat ngan bead tu.. Cantik sangat-sangat. 

Oklah. Aku nak sambung study.

Ilal Liqa'

Syukran jazilan.. 

Sunday, December 20, 2015

Juling Air

*Entry almost 2month yang aku simpan

Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak pasal juling air? Ada yang panggil juling itik. Nama sains untuk juling air ni macam kat gambar bawah ni..




Based on reseach aku kat pakcik google yang banyak membantu, juling air ni boleh diperbetulkan. Untuk makluman semua, juling air ni adalah satu penyakit. Kalau diperbetulkan tidak menjadi satu kesalahan. Jika salah, sila perbetulkan ye? Boleh baca dekat info kesihatan ni. 

Rawatan yang boleh dibuat untuk juling ni:

  • Cermin mata biasanya diperskripsikan untuk membantu mata lihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Kenape ye tetiba aku cerita pasal juling air ni?

Sebab aku adalah salah seorang yang mengalami masalah / penyakit ni. Aku mengalami juling jenis Exotropia. Iaitu juling keluar.

Sebenarnya untuk aku post ni pun, ambil masa. Sebab ia melibatkan perasaan malu, rendah diri dan lain-lain.

Bila mempunyai mata juling air ni, aku mempunyai perasaan sangat rendah diri. Seboleh-bolehnya aku akan elak untuk pandang mata orang lain. Pernah kena ejek dengan orang.

Orang akan tanya kau,

"Kau pandang siapa eh?"

Padahal masa tu kau tengah bercakap dengan dia. Waktu tu rasa macam nak menangis kat situ jugak.

Mungkin juga sampai sekarang aku tak ada jodoh disebabkan ini. Yelah, orang sekarang akan pilih kepada kecantikan. Tapi, bab tu aku tak ambil port sangat sebab bagi aku, jodoh tu Allah yang tentukan.

Tapi bila buat presentation, bercakap dengan orang, aku jadi manusia yang kalau boleh tak nak pandang mereka yang ada kat depan aku. Sejujurnya aku memang sangat down.

So, bagi korang yang ada masalah sama macam aku, kita kena kuat. Kena lawan perasaan rendah diri tu. Seboleh-bolehnya jugak aku akan cuba untuk lawan. Pada korang yang ada kawan-kawan yang senasib macam aku, please!!! jangan kutuk atau keji diorang. Diorang tak mintak untuk jadi macam tu. Bila korang kutuk, perasaan down tu makin lagi teruk. 

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya orang dewasa macam kita ni je yang boleh kena, budak-budak kecik macam baby pun boleh kena penyakit ni. So, for mothers, please alert if your child have this problem. Boleh dipulihkan dengan bantuan cermin mata atau senamam mata.

Tapi! bagi pesakit macam aku, mungkin hanya operation. Kalau korang berkemampuan untuk perbetulkan masalah mata juling air ni, cubalah jumpa dengan Doktor Pakar Mata. Ada macam-macam cara untuk memulihkan. Bagi yang dah teruk, hanya operation sahaja last choice yang ada. Aku dah survey dan mencari mana-mana klinik yang boleh buat rawatan ni. Kos nya agak tinggi which is almost 7K. Dan kat Kelantan. (^_^)" 








Bagi korang juga bagi aku, RM6-7K adalah satu jumlah yang sangat besar. Ada yang kata tak perlu buat semua ni. Tapi, aku cuma nak dapatkan keyakinan aku balik, aku tak nak perasaan down, rendah diri tu penuh dalam diri aku sampaikan aku bercakap dengan orang lain tak pandang muka diorang. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru kenal.

Semoga aku akan dapat berusaha untuk pulihkan mata aku kembali dan kembali mampu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Semoga sharing daripada aku dapat bantu sedikit sebanyak orang-orang yang mengalami masalah yang sama macam aku. In Sha Allah.

Syukran Jazilan

Ilal' Liqa

Wednesday, November 4, 2015

Sanah Helwah Mama


Assalamualaikum..

Today is my lady punya birthday.. My precious.. My everything.. My supermom, superhero dan segala super la.. 

 


Aku ingat lagi dulu kecik-kecik, macam mana susahnya mama aku sorang nak besarkan aku ngan adik-adik aku. Macam-macam kerja dia buat. Dari keje kilang, siang malam OT, balik keje penat tidur, pastu tolong makcik aku berniaga jual burger kat pasar malam, tukar keje jual goreng pisang, keje kilang papan.. How come you can do all those kind of work mama.. Sungguh hebat.. 

Aku pernah ikut mama jual goreng pisang.. Naik motor jinjit tupperware isi tepung, bawak pisang.. Pernah orang tanya, mama aku ni cina ke melayu sebab ingat yang jual goreng pisang ni cina. Mase tu mama tak pakai tudung lagi. Kelakar gila aku rasa..

Aku ikut mama kerja kat kilang papan.. Main colour2 warna papan tu. Berhabuk dia jangan cakap.. Sebab kayu/papan kan? Tapi itu la rezeki buat kiteorang untuk sara aku ngan adik-adik.. 

Kalau dulu, mama penat keje, memang tak merasa la nak bergumbira dengan mama, nak merasa beli itu ini, tapi pengalaman ni la buat aku matang, buat aku menghargai kehidupan. 

Sekarangla baru mama nak rasa hidup selesa, jalan-jalan ngan anak. Bergurau ngan anak-anak.. Kalau la aku mampu untuk katakan,


"Mama, pilih je apa mama nak, cakap je kemana mama nak pergi, kakak akan tunaikan"

Doakan kakak mampu untuk tunaikan setiap permintaan mama..




Mama, selamat hari jadi, semoga panjang umur, Allah berikan rezeki yang melimpah buat kita, bahagia dunia & akhirat. In Sha Allah..

Syukran Jazilan

Ilal ' Liqa