Friday, June 16, 2017

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..

Ya Allahuakhbar.. Lamanya la tak update apa-apa entry. Setahun tak update. Al maklumlah, akak busy memanjang.

Alhamdulillah hari ni genap 21 Ramadhan kita berpuasa. Dalam bulan mulia ni pelbagai perkhabaran dan berita yang manis dan juga pahit kita dengar. Bulan Ramadhan ni ramai juga yang pergi tinggalkan kita. Blogger famous Arwah Shea Rasol, anak kepada Bazli UNIC, Arwah Syahid.. pengakhiran mereka di bulan yang mulia ni. Alhamdulillah mereka terlepas dari penderitaan penyakit mereka. Sesungguhnya mereka adalah insan yang Allah pilih untuk ujian ini. Sama-sama kita doakan semoga roh-roh mereka di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Al Fatihah..

Macam tu juga yang kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan. Tak dapat nak membayangkan macam mana syawal mereka nanti. Semoga Allah pelihara kita daripada segala musibah dan kecelakaan. Aamiin..

Dalam bulan mulia ni, macam-macam Allah nak bagi pada kita. Kita pun tahu, bulan Ramadhan ni la bulan yang paling mustajab kita untuk berdoa. Tapi Allah hanya akan beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan. Ingat tu..

Ilal Liqa'

Syukran jazilan. 

No comments:

Post a Comment