Thursday, November 24, 2011

TWO SWEET Project

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih ada peluang aku menaip kat blog yang dah bersawang ni. Aku agak kebizian sikit. Lagi-lagi nak start projek baru ni. Apa??? Projek baru?? Yes! Nak tahu?





Alhamdulillah, dah register dengan SSM.

Dan antara produk TWO SWEET adalah



MACARON!!!
(perasa akan diberitahu kemudian)




COKLAT








RED VELVET CUPCAKE





RED VELVET CUPCAKE WITH MACARON


MACARON & WHOOPIE PIES
Yang ni tempahan dari kakak kawan untuk diberikan kepada staff JAIM Melaka sempena last praktikal.


Ni packaging untuk whoopie pies dan macaron. Gambar siap packaging hilang sebab memory card kena format balik..*sedih*


Apa lagi, jom ramai-ramai LIKE fanpage TO SWEET. InsyaAllah akan ada promotion untuk dari TWO SWEET. So, jangan lupa LIKE ye?


p/s: kami terima tempahan untuk doorgirf perkahwinan, event, majlis harijadi dan sebagainya. Tempahan untuk kek juga disediakan.




notakakitangan:
Nak balik segamat hari sabtu ni(26/11/2011). 
Ada sesiapa nak  order? boleh inbox kat FB saya ye Azzifarun Nurafizza 

Sunday, November 13, 2011

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum. Terdetik dekat hati aku wujud ke cinta pandang pertama. Memang la wujud agaknya. Kalau tidak, tak kan la keluar lirik lagu jiwang karat besi. Tak kan la wujud perkataan cinta pandang pertama kan?

Yang selalu aku dengar, kalau cinta pandang pertama ni mula dari mata. Dah kalau dari mata, mestila terdetik kat hati korang,

"Hensemnya laki ni" atau "Cun gila awek ni"

Of course la jatuh cinta pada kecantikan atau kehenseman diri seseorang perempuan atau lelaki tu kan?

Bila berbual dengan kawan aku dalam kereta pasal bendalah ni, aku mula terfikir, ada tak orang akan jatuh cinta pada kekurangan seseorang tu pada pandang pertama? Seriously, aku rasa agak susah nak jumpa. Dan memang sangat susah untuk jumpa keadaan sedemikian. Betul tak?*angguklah cepat*

"Baiknya awak tolong pakcik tu, saya suka la dekat awk"

Pernah ke ada orang nak cakap macam ni?

"Walaupun kau biasa-biasa je, tapi aku suka kau dari first time aku jumpa kau sebab kau baik"

Dan pernah ke ada orang yang nak jatuh cinta pada kekurangan seseorang tu. Contohnya, muka tak berapa nak cantik atau hensem. Dan jatuh cinta pada kebaikkan dia masa mula korang terserempak dengan dia. Apa yang aku perhatikan, untuk seseorang jatuh cinta pada keperibadian seseorang, kena berkawan bagai nak rak, baru la tak kisah pasal rupa.

Untuk terima keperibadian seseorang dari mula and then baru fikir kecantikan memang jauh panggang dari api. Sebabnya, kebanyakkan orang akan tengok rupa kemudian baru hati. Tapi, apa yang aku percaya, manusia yang Allah jadikan semuanya ada pasangan masing-masing. Ada pro and kontra nya.(tak tahu ayat yang sesuai) Contoh, makcik dan pakcik aku. Makcik aku punya la bisng mulutnya, tapi pakcik aku senyap aje.

Apa-apa pun, jodoh telah Allah tentukan. Kalau tidak bertemu didunia, mungkin disyurga.

Dan aku teringin nak dengar orang cakap,

 "Saya suka dekat awak la dari mula saya tengok kebaikkan awak tolong orang" 

Ada ke orang nak cakap macam tu? Macam tak ada jer..lalalalala..


notakakitangan:
maaf kalau entri agak membosankan tapi ini la kenyataan.
 Think positive on other people will make you think positive to yourself

Thursday, November 10, 2011

Minta Berganti

Assalammualaikum.

Semuanya nak minta berganti. Time-time aku tengah pokai, semua nya nak jadi tak best. 
Yang ni minta berganti. Yang tu pon minta berganti. 
Bila la duit nak turun dari langit ni?(oit! mana ada duit turun dari langit)


Duit minta diganti girlfriend yang baru pasal girlfriend yang sekarang dah jadi macam ni

agak melampau kekoyakan diluar itu ya. belum yang dalam sampai duit syiling pon jauh menjunam dalam kulit purse aku tuh.(betul ke ayat aku ni) segan jugak aku nak keluarkan purse tu bila nak gi bayar.



Yang aku pulak, minta digantikan boyfriend baru pasal boyfriend aku sekarang ni, dah macam ni

uit, tetibe sesat plak gambar kat situ. ha..tengok! button keypad dia pon dah banyak tertanggal. belum isi dalam dia. dengan kejap-kejap hang..kejap-kejap takda keluar apa-apa pada skrin, kejap-kejap kang keluar garisan macam tv rosak. memory card pon tak boleh baca.
hohoho..ada sesiapa nak sedekahkan handphone baru? tak payah mahal-mahal, samsung galaxy sII pon ok..hahaha..k..baiiii...




notakakitangan:
wahai segala benda, jangan la kau rosak time macam ni.
lagi-lagi handphone ku, kalau nak rosak pon, tunggu la aku kaye.
adoiii..
i  really miss u mama..tetibe!


Tuesday, November 8, 2011

Chocolate Oreo Pop & Velvet Cake with Chocolate Ganache by Me!

Assalammualaikum. Rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah raya hari itu, dapatla aku buat Chocolate Oreo Pop dan Velvet Cake with Chocolate Ganache. Adun sana, adun sini, tambah sana, tambah sini, Alhamdulillah jadi juga Chocolate Oreo Pop. Untuk cake pula, tukar dari cream cheese kepada chocolate ganache.

Velvet Cake with Chocolate Ganache

Model tak berbayar..(my cousin)



Chococolate Oreo Pop!


Ini la kerja aku sebelum Hari Raya Aidiladha hari tu. Cousin dan makcik aku dari KL balik, belum sempat hari esok, malamnya dah tinggal separuh. Dia orang makan bendalah ni, macam makan lollipop.


p/s: nak order?tunggu ye kemunculannya..(ceh..macam ade je yang nak.. (^_*)v )



notakakitangan:
ada orang cakap bola-bola kat kek aku  macam meatball
ADE AKU KESAH!
sebab memang aku buat macam tu dan yang paling penting HABIS!

Wednesday, November 2, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1




Bila la nak ada benda ni. Tak ada benda ni, semua kerja tergendala..adoii.. Susahnya nak cari..



notakakitangan:
Alahmdulillah, almost semua barang dah ada kecuali chiller dan barang buat kek.
InsyaAllah soon will be produce our product..
Hanya berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan di murahkan rezeki olehNya..
Ameen..