Saturday, December 10, 2011

Usaha Tangga Kejayaan! Practice Make Perfect!

Assalamualaikum. Haa.. tajuk entry yang penuh dengan semangat patriotik (tak ada kena mengena). Kelmarin penuh dengan usaha, penuh dengan tangga(pon tiada kena mengena), aku wat eksperimen macaron untuk improve macaron aku balik. Improve their texture.

Eksperimen pertama memang tak jadi pasal macaron punya syrup sugar tak sampai pada suhu. Patutnya lain, pi buat lain. Memang jadi macam kuih.

Eksperimen kedua pon tak jadi jugak pasal syrup sugar jugak. Over boil. So, dia start kering dan keperangan. Dan putih telur aku pon dah kesejukkan dalam aircond(italian macaron memang banyak pakai barang mahal ya, tu pasal harga pon boleh tahan) pasal aku berhentikan mixer.

Eksperimen ketiga sama la jugak tak jadi pasal syrup sugar. Lagi-lagi syrup sugar. Adoii! Nak tunggu syrup sugar sampai cecah suhu, putih telur terover beat. So, dah jadi stiff peaks.

Eksperimen keempat, baru la Alhamdulillah. Tu pon aku rehatkan diri dulu dari kebengangan dan kestressan baru aku start balik. Dan ini la hasilnya.







Ini nampak lebih smooth dari yang lepas. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya jugak untuk menjadikan macaron ni lebih smooth permukaan dia. Yang ni aku letak choc ganache. Sedap woo.. Filling lain, cappucino buttercream, fruit mix buttercream, peanut buttercream, cream cheese dan akan dicipta filling flavour lain pulak. Any request? Penghantaran seluruh Malaysia. Sekarang ada SALE & PROMO kat TWO SWEET. Jom like & jengah.

p/s: Untuk doorgift majlis perkahwinan, harijadi dan sebagainya, InsyaAllah akan ada harga yang terbaik dari ladang untuk anda.. (^_*)v


notakakitangan:
dapat request dari my cousin untuk buat baju kurung modern.
Azzifarun Nurafizza JANGAN MALAS!
kena siapkan baju before tunang our cousin
Baju aku pon termasuk dalam list skali..hehehe..
Now nak gi gunting untuk kain plak. semalam dah siap gunting untuk baju..




16 comments:

  1. faten osman: huhu.. tak tahu nak cakap. kena try dulu.. =)

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah makan -___-'''
    kesian kan

    ReplyDelete
  3. faten osman: jangan cakap macam tu, ramai je pon yang xpernah makan macaron ni lg.. =)

    ReplyDelete
  4. terernya dia buat..

    buat bisnes ke..

    mesti kencang pasnih..:)

    ReplyDelete
  5. Ungu Violet: tak ada la terer mane pon dear..yup, buat bisnes.. insyaAllah..doakan yer?

    ReplyDelete
  6. hai..sy bru follow ur blog..n if u dont mind, pliss follow mine.blh share cerita :)

    ReplyDelete
  7. Shawn Razaleigh: hehehe.. insyaAllah sedap.. :)

    ReplyDelete
  8. wa...semangat betul...kalau Gimi kali ke-2 x jadi, malas nak layan dah

    ReplyDelete
  9. ya allah..sedapnya..mesti mcm span je kan lembutnya..nak try cari resepi nih... =) sy slalu buat puding karamel je yg expert..huuu..
    nice pinky blog..do follow my blog yea~

    ReplyDelete