Sunday, December 20, 2015

Juling Air

*Entry almost 2month yang aku simpan

Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak pasal juling air? Ada yang panggil juling itik. Nama sains untuk juling air ni macam kat gambar bawah ni..




Based on reseach aku kat pakcik google yang banyak membantu, juling air ni boleh diperbetulkan. Untuk makluman semua, juling air ni adalah satu penyakit. Kalau diperbetulkan tidak menjadi satu kesalahan. Jika salah, sila perbetulkan ye? Boleh baca dekat info kesihatan ni. 

Rawatan yang boleh dibuat untuk juling ni:

  • Cermin mata biasanya diperskripsikan untuk membantu mata lihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Kenape ye tetiba aku cerita pasal juling air ni?

Sebab aku adalah salah seorang yang mengalami masalah / penyakit ni. Aku mengalami juling jenis Exotropia. Iaitu juling keluar.

Sebenarnya untuk aku post ni pun, ambil masa. Sebab ia melibatkan perasaan malu, rendah diri dan lain-lain.

Bila mempunyai mata juling air ni, aku mempunyai perasaan sangat rendah diri. Seboleh-bolehnya aku akan elak untuk pandang mata orang lain. Pernah kena ejek dengan orang.

Orang akan tanya kau,

"Kau pandang siapa eh?"

Padahal masa tu kau tengah bercakap dengan dia. Waktu tu rasa macam nak menangis kat situ jugak.

Mungkin juga sampai sekarang aku tak ada jodoh disebabkan ini. Yelah, orang sekarang akan pilih kepada kecantikan. Tapi, bab tu aku tak ambil port sangat sebab bagi aku, jodoh tu Allah yang tentukan.

Tapi bila buat presentation, bercakap dengan orang, aku jadi manusia yang kalau boleh tak nak pandang mereka yang ada kat depan aku. Sejujurnya aku memang sangat down.

So, bagi korang yang ada masalah sama macam aku, kita kena kuat. Kena lawan perasaan rendah diri tu. Seboleh-bolehnya jugak aku akan cuba untuk lawan. Pada korang yang ada kawan-kawan yang senasib macam aku, please!!! jangan kutuk atau keji diorang. Diorang tak mintak untuk jadi macam tu. Bila korang kutuk, perasaan down tu makin lagi teruk. 

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya orang dewasa macam kita ni je yang boleh kena, budak-budak kecik macam baby pun boleh kena penyakit ni. So, for mothers, please alert if your child have this problem. Boleh dipulihkan dengan bantuan cermin mata atau senamam mata.

Tapi! bagi pesakit macam aku, mungkin hanya operation. Kalau korang berkemampuan untuk perbetulkan masalah mata juling air ni, cubalah jumpa dengan Doktor Pakar Mata. Ada macam-macam cara untuk memulihkan. Bagi yang dah teruk, hanya operation sahaja last choice yang ada. Aku dah survey dan mencari mana-mana klinik yang boleh buat rawatan ni. Kos nya agak tinggi which is almost 7K. Dan kat Kelantan. (^_^)" 








Bagi korang juga bagi aku, RM6-7K adalah satu jumlah yang sangat besar. Ada yang kata tak perlu buat semua ni. Tapi, aku cuma nak dapatkan keyakinan aku balik, aku tak nak perasaan down, rendah diri tu penuh dalam diri aku sampaikan aku bercakap dengan orang lain tak pandang muka diorang. Lagi-lagi dengan orang yang aku baru kenal.

Semoga aku akan dapat berusaha untuk pulihkan mata aku kembali dan kembali mampu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Semoga sharing daripada aku dapat bantu sedikit sebanyak orang-orang yang mengalami masalah yang sama macam aku. In Sha Allah.

Syukran Jazilan

Ilal' Liqa

29 comments:

  1. sis, me too same with you. tapi kalau saya pakai spec boleh ke? sebab saya ada rabun jauh juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pakai spec juga sebab rabun plus mata kiri yang juling air ni memang rabun yang teruk. sekarang ni pun hanya bergantung pada mata kanan. Tapi tak pasti la dear kalau dah berumur mcm saya susah untuk diperbetulkan melalui penggunaan spec. Apa-apa pun, awak boleh jumpa doctor. :)

      Delete
  2. Same. Rase malu gile nk cakap ngan orang lain. Kalau ade presentation lagilah. Kadang - kadang rasa down. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita punya perasaan yg sama. tp! kita kena fight.. kalau tak rasa malu tu akan menguasai diri kita..

      Delete
  3. Sy pon ad juling skit..skit je la..tak ketara sgt pon..klau bcakap dgn org xde mslh..tp bile amek gmba mase tgk blek gmba tu,kite lak yg pelik.."ak tgk camera ke tgk belkg"...pdahal mate tgk cam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang sy kadang susah sikit ambil gambar dulu2.. tapi sekarang, lantak laa.. huhu

      Delete
  4. Sama la sis saya pun sama hurmmm jumlah rawatan mahal sangat tak termampu saya saya sampai malu bergaul kurang kawan selalu suka diam diri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Sazwan.. sebab tu kot tak dak sesiapa nak kat kita.. huhuhu (nangis tepi bucu katil) hehee..

      Delete
  5. Sy pon alami masalah yg sma..sy juling terok sebelah kanan..tp skrg bru lps buat operation kt hspital kerajaan je..alhamdulillah juling pulih tp xde la 100% dlm 95% mcm tu..xde perasan sgt dh juling tu..cuma tgh tgu mata ni lega sepenuhnyaa dr luka operate tu..try la p buat rawatan kt hspital kerajaan kalau x mampu nk buat di swasta..sb kos x smpai rm30 pon..hehe..moga dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hospital mana awak? kalau boleh suggest kat kita.. then awak bagitahu macam mana?

      Delete
  6. Bila bercakap pandang org malu, bila present malu, bila nak amik pic malu, sbb malu dgn juling yg ada... Mahal juga ye kos rawatan nya...

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing sis. Jujurnya sy taktau nak luahkan perasaan kat siapa sbb bgi saya semua org takkan faham apa yg saya rasa. Bila baca ni, I was like ohh Im not the only one feeling this way huhu. Sy selalu down bila org tgur mata sy even sy tau dia tak bermaksud nak kutuk. Tpi sy mesti jdi sensitif kalau dgr org ckp pasal mata huhuhu. Skrg sy cam plan nak buat surgery. Doakan ye. Terima kasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis.. sy sharing sebab sy nak semua orang tahu, jgn perlekehkan kita. rezeki semua orang tak sama. ada yg cantik dr rambut sampai hujung kaki. ada yang kurang macam kita. down memang down dear. tapi kita kuat semangat k? alhamdulillah. sy pun cadang nak buat jugak. sy doakan semoga semuanya dipermudahkan. k?

      Delete
  8. senasib la kita, Exotropia, dan salah satu orang perempuan taknak dekat saya, paling sadis bila tgh presentation dulu masa blajar lect tgok kita lepas tu die pandang belakang sebab die iangatkan kita tengok tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? yang itu..terus sentap dalam hati kan? Allah je tahu perasaan tu. kalau sy, air mata dah merembes nak keluar dah.. huhuhu..

      Delete
  9. Tak cuba cek di klinik kerajaan?kt hospital kb ade klinik pakar utk mata..mungkin kos xsemahal tu..

    ReplyDelete
  10. Sy pn sama mcm awak..sy faham perasaan sia..cuba pegi hosp kerajaan..buat appointment dgn pakar mata /oftamologi 😊

    ReplyDelete
  11. Sama mcm sy, sy faham perasaan awak..awak pegi hosp kerajaan je kos xmahal tp kena tunggu turn.if cepat awak buat appointment, cepat awak dpt operate..sy dok hosp 2 mlm je.lps operate pagi, ptg dah boleh balik 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dear? kalau ada contact no awak lagi better. sy pun nak tahu info lanjut & proses yang awak buat.

      Delete
  12. Mcm mana sy nk msg awak secara private ye? Sbb kalau tulis kat sini semua org blh bce lak number tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email sy tak? nurafizza88@gmail.com
      nanti sy akan contact awak. seriously sy nak tahu.

      Delete
  13. saya baru sedar y saya ada juling air.. mungkin disebabkan anak mata sya besar.. so sya xperasan.. selama ni sya igt mata sya terbeliak.. sya juling terkeluar jugak.. sesungguh ny saya down gilerr.. ramai y ckp mata cantik.. mata ori ke pakai lens.. tp bila masuk je part juling tu nk nangis je dengar������.. kwn ckp.. anak mata belah kanan kkdg lari ..tp sikit je.. hmm sikit je tp sumpah down giler dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dengar orang ckap, memang kita akan down. sy sekarang pun tgh usaha macam mana nak perbetulkan semula. kadang org cakap nak bg hati kite sedap. tp kenyataan tu kadang kita tak mampu nak hadapi. lagi2 bila berkait dengan keyakinan diri.

      Delete
  14. Saya pun sama mcm awak jgk sis.. saya punya jenis yg saya boleh control atau fokus, xnmpak La sgt.. tapi lama2 bila dah letih mmg mata lari jgk.. malu sgt bila ada yg tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tengah usahakan macam mana untuk dapatkan proses & prosedurnya. kalau ada nanti, sy akan kongsikan. In Sha Allah. doakan semoga dipermudahkan segalanya.. Aamiin..

      Delete
  15. Dulu juling sy agak teruk.tp sekarang alhamdulillah sampai ade yg tanya suami sy... eh bini ko dah tak juling ke? Nak latih otot mata perlukan masa dan sy mula agak lama.. start dari sekolah menengah bila malu kwn2 ejek sy mula cari cara.. selain latih otot mata sy jgk ubah semua kebiasaan cth klau jam pakai sebelah kanan tukar belah kiri..sama jgk bila selesa angkat brg guna tgn belah kanan cuba tukar.. sy tak ingat fakta utk kukuhkn statement sy ni tp ble kte ubah kebiasaan kte ia berkait rapat dgn keseimbangan saraf kiri dan kanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki sis dapat ubah kebiasaannya. sy hanya dapat kesedaran bila dah semakin dewasa.. cuma kesempatan tak ada. masa zaman sekolah tak sgt pk. bila dah dewasa, blm kawen.. semua tu kita akan terasa..

      Delete